sudah lama tidak ana update ruangan ini...terkenang pula tugasan ana yang masih lagi bersusun kat atas study table kat bilik tuh...entah bila masanya dapat ana selesaikan, math tutorial...stats ex. on normal distribution yang masih belum sempat ana sentuh...dan skarang baru nak menyentuh lab reports...
tapi hari ini ana terasa benar untuk mencoretkan isi hati di sini...sekadar menghilangkan suatu beban yang tersimpan di dalam hati ini...entah mengapa beberapa hari yang lalu ana perasaan ana dihimpit denagn pelbagai tekanan dari luar...tekanan yang datangnya daripada manusia-manusia di sekeliling ana...
kadang-kadang ana terasa begitu sendirian dalam hidup ini...tak der sapa-sapa pun yang faham...tapi kat situlah ana jumpa Dia...Dia yang tak pernah jemu mendengar...Dia yang tak pernah jemu memberi...dan kadang-kadang ana tahu, di sebalik segala tragedi yang berlaku dalam hidup ana kini adalah untuk membuatkan ana lebih dekat pada-Nya....
kadang-kadang susah untuk ana menolak permintaan manusia di sekeliling ana...jadi walau sesukar mana pun akan cuba juga ana penuhi...walau sepenat manapun akan ana cuba atasi...kerana tidak mahu ada hati yang kecewa...kerana bagi ana, melihat sebuah senyuman kelegaan itu lebih bermakna daripada belikat ana yang kesakitan...
namun hampa...
mungkin tiada yang memahami, kerana ana rasa tidak perlu untuk sesiapa fahaminya...
tapi ana sudahpun mempelajari pengajarannya...
kadang-kadang mungkin ana terlalu berharap pada manusia...
manusia yang mudah lupa...manusia yang lalai...dan manusia yang tak pernah kenal erti bersyukur...
termasuk ana sendiri....kenapa diri ini selalu terbawa-bawa dengan emosi yang banyak dikuasi oleh syaitan-syaitan di sekeliling yang sentiasa membisikkan kata-kata nista yang manis, yang kita telan namun akhirnya membawa kesakitan pada kita...membawa penderitaan pada hati kita....
kenapa?
kenapa ana mencari yang lain...kenapa ana mengharap pada yang lain?
kenapa harus ana mengharap pada dia yang tidak mengetahui segala apa yang tersirat di dalam hati?
Sedangkan Dia, yang lebih mengetahui yang terbaik buat ana...
mengapa diri ini cukup lemah...
seolah-olah tidak pernah terbina benteng iman di dasar hati ini?
kenapa begitu lemah layar ana, sehinggakan ombak sekecil ini mampu menggoyahkannya?
berhentilah....
berhantilah daripada terus mengharap pada yang tak pasti...
berhentilah...
kerana akhirnya...ana yang akan sakit....
mengapa ada ruang di hati untuk yang lain...
sedangkan cinta Allah masih tak dapat digapai?
mengapa hati bergetar untuk yang lain, sedang ia masih tidak cukup bergetar kerana takut pada Allah?
mengapa harus cari yang lain, sedangkan Allah sentiasa menunggu pertemuan dengan hamba yang hina ini?
mengapa??
2 comments