Assalamualaikum wbt.
Wahai sahabat...ketahuilah bahawa tatkala daku menitipkan kata-kata ku di sini,
Hatiku berada dalam keadaan yang begitu risau sekali...jiwaku bergelumang dalam suatu kegelisahan yang menyelubungi dadaku....
Sahabat....hari demi hari daku sentiasa bermohon kepada-Nya...agr kita sentiasa diperkuatkan hati ini,tatkla digoncang dengan apa jua Halangan,tatkala digoyah dengan apa jua nikmat dan kesenangan di dunia ini...
Hakikatnya,wahai sahabat,sebuah ujian dengan kenikmatan dan kesenangan itulah yang lebih sukar untuk kita...
Kelapangan itulah yang melalaikan kita,
Kesihatan itulah yang menyombongkan kita,
Kekayaan itulah yang menamkkan kita,
Kekenyangan itulah yang mealpakan kita...
Hakikatnya,
Jalan ini bukanlah sebuah jalan yang mudah tuk diharungi...
Ku pasti ramai antara kita yang mnyedarinya,
Namun ku masih tak pasti berapa rmai di antara kita yang sanggup mengharunginya...
Kejayaan yang mangalir daripada tangan Baginda S.A.W.,
Tidak datang dengan tawa hilai yang berpanjangan,
Tidak datang dengan kekayaan bergantang-gantang emas,
Tidak datang dengan tidur yang nyenyak....
Tetapi,dengan darah dan pengorbanan yang menyakitkan....
Dengan air mata dan kepedihan,
Dengan kelaparan dan kemiskinan,
Dengan segala genap kesukaran dan kekangan dalam liku perjalanan mereka...
Sahabat..
Walau dalam kesenangan apa pun,
Marilah kita berharap agar jiwa kita tidak hanyut bersamanya...
Kerana dunia ini hanyalah ujian....
Sedangkan akhirat jualah kembalinya kita ini....
Ada orang yang berkata,
mengimpikan syurga itu adalah tidak realistik,
kerana manusia itu tidak akan pernah dapat lari daripada dosa....
Namun pernahkan jalan yang kita lalui ini mengalami perkara-perkara biasa atau realistik?
Pernahkah jalan yang kita rempuhi ini,seperti jalan-jalan biasa yang manusia lalui?
Maka mungkinkah sahabat Baginda dahulu itu dikatakan tidak realistik?
Sahabat dahulu,tidak pernah sekali pun tidak mengimpikan syurga-Nya....
maka kenapa tidak kita?
Dan kerana syurga itu mahal,pasti harga yang harus kita bayar di dunia ini lebih mahal jua...
Sesungguhnya tapisan Allah itu menggentarkan jiwaku...
Moga kita terus dipilih-Nya untuk berada di atas jalan menyeru untuk agama-Nya...
KISAH PISAU
4 days ago
4 Response to Rindu dalam Kejauhan
terus menulis dan kuatkan semangat alaq ok?
subhanallah....jzkk akak...berbesar hati dgn tunjuk ajar akak...i'm always inspired by ur writting...jzkk for everything~
merindui saat dahulu kala tatkala kita berkongsi rsa cinta itu~
menanti saat itu berulang kembali~
aida...hanya Allah sj yang mngetahui kerinduan saya pd saat2 itu...
namun kerana jiwa dan harta ini hanya Untuk-Nya....
lets be strong ukhti!!!
Post a Comment