Smalam, tertutuplah sudah kitab kita untuk tahun yang lalu dan dibuka pula kitab yang baru buat segala catatan…mengimbau semula akan segala yang telah ana lalui…entah catatan di kitab ana penuh dengan catatan yang baik ataupun buruk…
Sebagai seorang hambanya, ana sudah tentu tidak pernah layak pun untuk merasakan bahawa diri ini telah cukup dan lengkap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya.
Persepsi. Perkataan yang menjadi ummul kitab dalam mata pelajaran TOK(petikan drp Pn. Rosmaria). Dulu memang ana tak mengerti, “kenapa harus belajar TOK” tapi kini, TOK banyak menjadi jendela buat ana melihat pelbagai reaksi serta perihal manusia…
Benar, selama ini, persepsilah yang telah mencetuskan segalanya, persepsi jualah yang menentukan segala tingkah laku kita.
Benar, selama ini, persepsilah yang telah mencetuskan segalanya, persepsi jualah yang menentukan segala tingkah laku kita.
Kalau dalam bahasa mudahnya prasangka.
Hmm… prasangka…satu perkataan yang ana yakin telah banyak menyumbang kepada segala amalan dan perbuatan dalam kitab ana, mungkin sume yang berada di luar sana juga…(macam tak nampak sangat je kaitannya)
~~~~~~~~~~~~~~~***~~~~~~~~~~~~~~~
Baiklah, cuba kita intai kembali masa-masa kita yang telah berlalu, segala yang berlaku itu, tindakan kita, segala keputusan yang kita ambil…dari mana datangnya semua itu? Dari mana tercetusnya semua itu? Dan di mana semua itu ditentukan? Ya, betul, tak lain dan tak bukan…sudah tentu di satu tempat yang dinamakan hati…dan di hati itulah adanya prasangka. Mungkin prasangka ini bukanlah satu perkataan yang tepat buat ana gambarkan, hmm, mungkin perkataan ini lebih tepat…

Fikrah dan pemikiran…
Ya, segala prasangka kita pula ditentukan oleh fikrah kita…
Jadi, kenapa ana crite tentang fikrah kita pula ye? Sebab selama nie, ape yang kite lakukan tu, datangnya dr fikrah kita,
Ya, segala prasangka kita pula ditentukan oleh fikrah kita…
Jadi, kenapa ana crite tentang fikrah kita pula ye? Sebab selama nie, ape yang kite lakukan tu, datangnya dr fikrah kita,
fikrah yang beracuan jahiliyah akan membentuk perilaku jahiliyah…
Subhanallah, jika ana imbas kembali, betapa banyaknya dosa ana…mampukah ana menghadapi saat ketika segala kitab-kitab amalan ana dihadapkan di depan ana…Allah, hambaMu ini sungguh lemah dan hina, yang berasal dari titisan air yang tersisa, Kasihanilah hamba ini ya Allah…

Betapa Allah telah menyusun segalanya dalam kehidupan ana, dari sebuah jalan yang ana telah rancangkan, ke suatu perjuangan yang tak pernah ana bayangkan…
Teringat pula kisah yang diceritakan oleh Ustaz Salam…cukup buat ana dan sahabat renungkan sejauh-jauhnya…kisah di sebalik surah Taha…semua orang tahu, tentang pengislaman Umar daripada surah ini kan..

ayat yang menyentuh hati Umar yang kasar orangnya
“…kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar engkau menjadi susah..” Thaha;2
cuba lihat dan renung semula, Ketika itu arah tujuan Umar bukanlah untuk mengikuti deen yang diajar nabi sebaliknya mahu membunuhnya, tetapi lihatlah bagaimana Allah menukarkan jalannya…
Begitu juga kisah Musa yang mencari api…Subhanallah…betapa, Banyak yang telah Allah kurniakan, tapi layakkah ana menerimanya, sedangkan ana bukanlah seorang hamba yang bersyukur…
Layakkah ana menerima kemuliaan yang dikurniakan Allah ini, layakkah ana menerima pandangan orang yang menyangka bahawa ana ini orang yang menyintaiNya, sedangkan hati ana ini belum sepenuhnya menjadi milikNya…Allah, ampunilah daku….janganlah Kau lemparkan segala dosa-dosaku ke wajahku di akhirat sana Ya Allah…aku tak mampu Ya Allah…Andainya, kitab baru kali ini akan berakhir dengan kematianku, maka hadiahkanlah aku sebuah kematian yang penuh keimanan, kerana aku terlalu malu untuk meminta dariMu sebuah syahid Ya Allah…namun itu jualah yang menjadi cita-citaku yang tertinggi..seandainya ku layak…maka jadikanlah aku sebagai penegak agamaMu, dan biarlah kematianku itu menjadi satu bukti kebenaran agamaMu, sama seperti yang dilakukan oleh si ghulam dalam hadith ghulam…kerana kematian itu memang perkara yang pasti…pasti menerjah setiap seorang dari kita, tak kiralah sama ada kita bersedia atau tidak…

“dan setiap umat mempunyai ajal(batasan waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun” Al-A’raf;34
Cukuplah mati sebagai peringatan…
orang yang bijak itu adalah orang yang mengingati mati, namun sejauh manakah mati itu menjadi peringatan di hati ana, kadang-kadang terleka jua dengan dunia yang menghanyutkan…Virus H1N1 banyak mencetuskan kekecohan pd sume orang, sume takut kalau kene, sume takut mati tetiba, tapi kite lupa, kalau ajal tiba, jatuh katil pun bley mati..semua itu hanya sekadar sebuah asbab…
Sesungguhnya, matiku dan hidupku, semuanya di tangan Allah Azzawajalla….
"..Wahai Hamba-Ku, kamu semua adalah sesat, kecuali yang Ku berikan petunjuk, maka mintalah pada-Ku petunjuk, nescaya Aku memberinya kepadamu. Wahai hambaku,kamu semua adalah lapar, melainkan yang Ku beri makan, maka mintalah makan kepada-Ku, nescaya Aku memberinya kepadamu,wahai hambaku, kamu semua adalah telanjang, kecuali yang Ku berikan pakaian,maka mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadamu.."
Hadith 24-Hadith Arba'in
...aku memohon kepadaMu ya Allah...
tsabatkanlah daku dan sahabat-sahabatku
10 Response to Dosa seorang hamba....
cikgu,
insyaAllah.. dekat an diri padaNya.. moga hari ini lebih baik dr semalam dan esok jauh lebih baik dr hari ini
(^_^)
ToK pon masuk gak
bravo2
bese la.. manusia dgn dosa.. bagai lahuma dan padi2nya..hu2
kak aisyah ismail...
betul-betul...
sama-same menuju cinta-Nya...
yard...
ye, kene aplikasikan sume dalam idop...kalo dapat pure math pown..haha...
ukhti,
ana pon rse apa yg anti rsekan.. semakin ana cuba dekat padaNya semakin ana rse jauh dariNya.. ana xtau adakah itu yg anti rsekan.. tp sama2 lah kita menuju cintaNya.. ana perlukan anti utk terus mengingatkan ana n ana juga akan sentiasa cuba mengingatkn anti.. InsyaAllah.. bukankah umat islam itu saling berpesan-pesan...
tiada solat yg sempurna tnpa jiwa y khusyuk,
tiada puasa yg sempurna tnpa mcegah dri drpd perbuatan y sia2,
tiada kebaikan bg pembaca al-quran tnpa mengambil pengajaran drpanya,
tiada kebaikan org y berilmu tnpa memiliki sifat warak ( memelihara dri dn hati drpd dosa),
dn tiada kebaikn m'ambil teman tnpa saling syg-menyayangi..
-Saidaina Ali Bin Abi Talib
aida sahabatku...
berdirinya teguh Rasullulah kerana sahabat yang sentiasa berada di samping Baginda dan mencintai baginda...
sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah...
salam sayang...
hai cik aida...perlukan alaq sorang je ke?huhuhu...
ya Allah, tsabatkanlah kami, tsabatkanlah sahabat2 kami yang gigih menegakkan agamaMu ini..tetapkanlah kami di jalan juangMu ini ya Allah..
=)
to aziani syahirah(yang perasan dirinya zulaikha...)
jelews ke laling???huhu...jgn risau saye tetap ader di sisi awak...(walaupun awk ske buli saye...sob..sob..)
Al-ikhsan...
Jazakallah hu khair...
moga sentiasa teguh berdiri..
ana doakan moga menjumpai sahabat sejati...yang boleh jadi tempat sandaran anta...teruskan mengaum!!!hehe...
Post a Comment