6 comments

Kerana semua itu telah dijual...

Published on Tuesday, October 13, 2009 in

Pabila hati disakiti, terus menerus dilukakan an-nas yang tak memahami...

Pabila, terkadang kesenangan dikorbankan, kesusahan tetap diharungi,

Pabila hati sendiri harus diguris, sedang hati yang terus menghukum harus ditatang,

Hingga, tak tertahan lagi sebak yang meronta di dasar hati,

Hingga tak terbendung lagi bah air mata daripada berlari laju menuruni dan menemani setiap langkah yang dibuka...

Hingga sedu menghurungi setiap nafas yang dihela,

Biarkanlah....

Kerana sesungguhnya,

jiwaku dan hartaku, telah dijual kepada Allah...

Untuk membeli syurga-Nya...

Maka biarkanlah aku menangis, biarkanlah aku terus tersedu, kerana sesungguhnya ia cukup sakit...

Biarkanlah aku mengambil sedikit ruang, agar dapat ku bernafas kembali, mencari kekuatan daripada-Nya....

Untuk terus mengharungi perdagangan yang tak akan pernah rugi ini...

9;111

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

6 Response to Kerana semua itu telah dijual...

October 13, 2009 at 2:58 AM

adikku,

la tahzan. innalah ma'ana.

=)

moga terus kuat. ALlah bersama dengan hambaNya yang banyak bersabar dan menunaikan solat.

barakallahufik.

do take care.

salam sayang.
kak aisyah ismail

October 13, 2009 at 5:34 AM

salam alaik..
yup sebab sakit insya Allah akan berkurangan bila hati diingatkan janji Allah di akhirat..
semoga ketemu di syurga..amiin

October 13, 2009 at 4:27 PM

kak aisyah...
tatkala ini, hati saya cukup merindui akak...
insya Allah, akan terus sabar....
akak take care juge...
(P/s:-Alhamdulillah ader kak paah lagi tuk sy jdkan tempat nak ngada2..)
salam sayang dari Malaysia...

October 13, 2009 at 4:28 PM

khadijah...
semoga ketemu di syurga...
biarlah, kerana sesungguhnya sakit akan hilang, tetapi syurga itu akan kekal....
Ameen~

October 14, 2009 at 1:56 AM

Sayu je baca post blog akak.
Harap Allah beri kekuatan kepada kita semua.
InsyAllah.

October 16, 2009 at 8:27 PM

adibah...
thanks for the prayer....
the pain that we encounter signifies that we doin the right thing...
as this road always requires for sacrifices...