Di Perhentian sebuah komuter
kehidupan di dalam komuter memang cukup sinonim dengan perjalanan sebuah tarbiyah itu sendiri...keadaan yang sungguh bersesak dan sempit...melambangkan kesukaran dan halangan perjalanan sebuah tarbiyah yang penuh dengan dugaan dan kesukaran, maka siapakah yang mahu menginjakkan kakinya?siapakah yang mempunyai semangat untuk terus menempuh segala kesesakan ini....tetapi mereka tetap tabah menuju kesesakan serta kesempitan yang menanti di sepanjang perjalan 6 stesen...ya...perjalanan sebuah tarbiyah bukanlah jalan yang dihiasi hamparan permaidani bertatahkan kelopak bungaan mawar yang harum...namun ia masih penuh dengan keharuman dan kemanisan yang akan dirasakan oleh hati-hati yang ikhlas melaluinya kerana cinta Allah...
Saat hujan meniti ke bumi
Di saat sebuah pintu terbuka di perhentian stesen itu, dia terus keluar, membawa mereka tuk terus bergerak menuju ke destinasi yang ingin ditujui. Namun, buat seketika, matanya tehenti pada titisan-titisan hujan yang pada saat itu rebah dengan hebatnya, membasahi setiap sudut bumi yang terbentang di hadapan mereka. Di saat itu, suatu kerisauan serta kebimbangan meresap ke dalam hati dia, suatu kebimbangan yang begitu menyesakkan dadanya....mampukah mereka menghadapi ujian-Nya pada saat ini? Mampukah dia terus membawa mereka untuk terus menghadapi perjalanan yang selepas ini lebih sukar dan mencabar? Kilat yang memancar di langit sabung menyabung dengan sehebat-hebatnya...sesuatu yang tidak pernah dia lihat sebelum ini....hatinya terus berdegup laju....dengan sebuah senyuman dia cuba memberikan mereka sebuah ketenangan, sedangkan pada saat itu, hatinya sendiri bergetar selaju derap kuda badar yang menuju musuhnya. Pada saat itu, mereka turut menyambutnya dengan sebuah senyuman;sebuah senyuman yang cukup untuk mengurangkan sebuah keresahan yang bersarang di hatinya. Derap-derap kaki Ansarullah memecahkan badai jalanan yang basah mengharungi setiap titisan berat yang menanti di hadapan mereka. Dia menjadi semakin risau..semakin risau dengan ketiadaan altenatif perjalanan yang seterusnya, ditahan sebuah, demi sebuah teksi yang hanya dapat ditahan selang 10minit atau paling awal 5 minit...namun jawapan tetap hambar...pada saat itu, hatinya cukup berduka, sehingga terdetik sebuah persoalan kepada yang Maha Agung akan sebuah asbab diperlakukan sebegitu....Astaghfirullah...dia kembali memohon keampunan dari-Nya....kerana dia sedar itulah tarbiyah Allah buatnya dan mereka...Dia menderaskan setiap langkahnya, kembali kepada mereka yang berteduh di bawah sebuah pohon, namun masih tidak cukup untuk melindungi mereka daripada terus basah. Mereka disuruh untuk berteduh di sebuah bangunan berdekatan...dan dia terus mencari, dan akhirnya kesemua mereka dapat menaiki teksi menuju ke destinasi yang dituju. Kesyukuran yang tidak terkira menyubur di dasar hatinya pada ketika itu...sehingga tidak ada kata-kata yang terlafaz di bibirnya tatkala semuanya selamat...Namun sebuah kata-kata meresap ke dalam jiwanya, “Allah lebih menyintai seorang hamba yang bertaubat, daripada seorang hamba yang bersyukur kepadanya apabila nikmat yang ditarik dikembalikan semula kepadanya”...Astaghfirullah,dia memanjangkan penyesalannya kepada Sang Pencipta yang terus mempermudahkan segala urusannya...
Air mata pilu mereka yang mengasihinya
Setelah segalanya selesai, dia berlalu bagi meneruskan peranannya...mereka? mereka juga meneruskan peranan mereka...malam itu lebih kepada sebuah perkongsian hati, dengan tujuan merapatkan ikatan hati-hati yang bersama saat itu...selesai dengan agendanya, niatnya untuk kembali tidak dapat dilaksanakan di atas kemaslahatan yang lebih besar yang perlu dipeliharanya. Sebuah lagi kesedihan bersarang di hatinya....namun dia pasrah, kerana dia sedar itulah yang terbaik baginya pada saat itu. Dia kembali kepada mereka yang masih becerita, sesekali tercuit hati mendengar telatah mereka bercerita. Sehinggalah namanya disebut-sebut apabila diceritakan kembali akan perjalanan yang mereka harungi sebentar tadi. Dan pada saat itu dia melihat air mata mereka, merasakan kasih sayang daripadanya, merasakan sebuah pengorbanan daripadanya. Pada waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati dia, dia yang sebentar tadi pernah mempersoalkan Penciptanya mengapa sukar sekali perjalanan mereka, dia yang menitiskan air mata tatkala baru menghadapi sekelumit kesukaran yang tidak melukakan dirinya walau sedikit pun...Namun ganjaran yang Allah telah beri padanya, melebihi segalanya...mereka terus mempersoalkan kesanggupannya sehingga sebegitu....Subhanallah...Subhanallah...Subhanallah...Hanya itulah yang mampu berdetik siringan dengan degup jantungnya...
Kata-kata dia buat mereka yang mengasihinya
Hanya Allah lah yang mampu memberikan segalanya...sebuah kekuatan daripada Allah akan mengatasi segala halangan yang menanti di hadapan mata.
Mereka melebihi segalanya bagi dia, kerana merekalah dia masih mampu untuk terus menggagahkan diri,kerena merekalah sebuah harapan untuk meneruskan sebuah perjuangan menuju Allah yang Maha Pengasih.Bukan dia yang hebat, bukan dia yang berkorban, namun Allah lah yang telah mengizinkan segalanya untuk berlaku, Allah lah yang telah merancangkan segalanya buat dia dan juga mereka...........
“ ...dan tidaklah kamu mengkehendaki kecuali bila dikehendaki Allah...” Al-Insan;30
Dia meneruskan kata-katanya; sebaris-demi baris kata-kata yang lahir dari sedalam-dalam hatinya...mengapa dia tidak berganjak dari langkahnya, mengapa walau setelah di hadapannya sebuah halangan? Kerana dia telah menjualkan segalanya kepada Pencipta-Nya...kerana dia telah menjual harta dan jiwanya...untuk membeli sebuah syurga rahmat daripada Pencipta yang cukup kasih akan hamba-hamba-Nya.
“...Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan sebuah perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu...”
Maka dia sudahi dengan kekesalan di hatinya yang buat seketika merasakan alam tidak menyebelahinya sedangkan alam bergerak mengikut harkat-harkat yang telah diperintahkan oleh Al-Khaliq, namun manusialah yang selalu menentang harkat yang sepatutnya mereka lalui...
“...Dialah yang telah menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi..”
“....Sesungguhnya Kami menciptakan sesuatu itu itu dengan ukuran yang rapi...”
No Response to "Antara Hujan dan Air Mata( Kisah dia dan mereka)..."
Post a Comment