9 comments

Selangkah ke arah Pembinaan Bait Al-Muslim!(^_^)

Published on Wednesday, March 17, 2010 in


Sengaja ana memilih sebuah tajuk yang mungkin menjadi pertanyaan dalam setiap jiwa kebanyakkan pembaca pada saat ini…terutama sekali, mungkin para penghuni Kolej Mara Banting, yang kurang dari 2 bulan lagi akan mengakhiri pengajian Diploma International Baccaulaureate selama 2 tahun…

Hari ini, hari yang cukup melegakan bagi ana…setelah 3 hari menetap di Nilai, dan berulang-alik ke KMB untuk kelas Math bersama dengan Pn. Nila…(tibe2 terasa bagai inilah cuti ana yang paling produktif)…
Setelah berehat lepas semalaman memandu Hurairah(kerete kelisa orange yang comey), dan setelah menahan kesakitan yang teramat dekat abdomen ana(tak tahu nape), Alhamdulillah, Allah telah mengembalikan sedikit kekuatan kepada ana untuk bangkit kembali pada hari ini untuk kembali meneraju hidup ini…dan kembali untuk revise semula pelajaran yang masih banyak menunggu…huhu..(teringat kembali, kerje2 business yang Pn Sharidho emailkan…trime kasih cikgu!!!)…


Baiklah…kembali kpd topik…
Bait Al Muslim-Lelaki yg baik untuk perempuan yang baik n vice versa…
Bile sebut tentang baitul muslim, mesti semua orang tak akan lari daripada ayat ni…
“…sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik(pula)…” ~24;26


Ya…benar…janji Allah itulah juga yang pasti dan tidak ada yang lebih pasti daripada janji-Nya...
Namun, sering sahaja ayat ini menjadi ayat yang disalah-ertikan dan disalahgunakan oleh kita…kadang-kadang ana pelik dengan sikap segelintir daripada kita, yang menerima tarbiyah tetapi tidak pula memahami tarbiyah jiwa yang diterimanya…benar, membina baitul muslim itu merupakan tuntutan agama yang penting, bahkan dikatakan kita ini telah menyelesaikan sebahagian daripada agama setelah kita berkahwin dan membina baitul muslim ini, sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.
Benar juga seperti apa yang dijanjikan Allah, tetapi ayat ini tidak pula memberikan kita yang mengatakan diri ini adalah orang-orang yang menerima tarbiyah, sebuah lesen untuk mula sibuk mencari dan membina sebuah baitul muslim.( referring especially to kmbians)…kenapa ek berani-beraninya ana mengeluarkan sebuah pernyataan yang begitu menimbulkan kontrolversi ini?

Mari lihat semula ayat yang telah dinyatakan di atas secara keseluruhannya…

“…Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)…”

Ya… ‘mereka’ bersih daripada apa yang dituduhkan orang…maka jika orang yang menerima tarbiyah kini pula yang menjadi topik perbincangan dan gossip yang berleluasa di dalam kalangan masyarakat dan sesebuah komuniti, tidakkah perkara ini telah bertentangan dengan apa yang Allah janjikan…maka sudah tentu silapnya ada pada kita yang dikatakan menerima tarbiyah ini…benarkah kita mampu? Kononnya mengikut apa yang diajarkan dan dituntut di dalam agama…benarkah kita tidak menjadi fitnah kepada agama Allah ini, atau kita sekadar berselindung di sebalik tarbiyah yang kita terima…Astaghfirullah….bolehkah kita memberikan jaminan sepenuhnya bahawa kita tidak akan menjadi fitnah itu?

Erti dan peranan USRAH dan Tarbiyah
Tarbiyah dan usrah bukanlah sebuah trend ataupun cara untuk kita dilabel sebagai ‘lelaki/perempuan yang baik’, dan ia juga bukanlah sebuah wasilah untuk kita menjadi popular…
Ingatlah kembali akan niat kita untuk mengikuti tarbiyah pada awalnya, kerana alangkah ruginya seandainya niat itu tidak benar pada saat pertama kita menignjakkan kaki ke dalam dunia Da’ wah dan Tarbiyah(D&T), kerana apa yang kita niatkan itulah sahaja yang akan kita dapati kelak.

" Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya akan diterima sebagai hijrah kerana Allah dan Rasulnya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia cari atau wanita yang ia nikahi, maka dia akan mendapatkan apa yang dituju"

HR Bukhari dan Muslim


D&T bukanlah suatu medan untuk kita mencari pasangan yang baik dan membina keluarga muslim yang sangat-sangat kita idamkan di dalam hidup ini. Ya, siapa sahaja yang tidak mahu membina keluarga yang sama-sama memperjuangkan D&T dalam hidup ini, tetapi sekali lagi, niat untuk membina sebuah baitul muslim itu harus sangat-sangat dibersihkan, bukan atas dasar untuk saling memperkuatkan diri masing-masing sahaja..


kenapa?salahkah jika berniatkan sebegitu?


Ya!!!salah!maka apa yang akan terjadi pada diri masing-masing seandainya sesuatu terjadi salah satu daripada mereka? Adakah perjuangan itu akan terhenti di situ sahaja? Adakah kita akan menjadi lemah dan rebah?semuanya tidak mustahil, sepertimana yang pernah berlaku pada ikhwah dan akhwat sebelum ini yang baru sahaja bernikah selama 3 jam, dan akhirnya, ikhwah tersebut kembali ke pada Allah dalam sebuah nahas jalan raya…jadi apa yang akan terjadi selepas itu? Marilah kita refleksi diri masing2….

Usrah bukanlah suatu medan untuk kita melayan nafsu dan keinginan masing-masing dan melayan jiwa masing-masing yang sedang angau, tetapi usrah itu berfungsi untuk mendidik nafsu yang berleluasa di dalam jiwa(tazkiyatun nafs)…Ia sepatutnya menjadi medan untuk memperingatkan sesama kita agar terus kuat untuk bermujahadah, melawan nafsu dan bukannya bertuhankan nafsu kita..Maka sepatutnya, jiwa dan ruh insan yang menerima tarbiyah itu berbeza daripada jiwa yang tidak menerima tarbiyah, dan jiwa yang menerima tarbiyah itu patut sedar bahawa diri ini sepatutnya diabdikan pada Allah, dan bukannya nafsu kita….Namun andai usrah kita hanya dijadikan sebagai satu medan perbincangan tentang baitul muslim semata, maka sama-samalah kita meminta ampun kembali kepada Allah…atas kelalaian kita selama ini, yang tidak menjaga hati dan pandangan masing-masing sehingga nafsu itu benar-benar menjadi raja di hati kita…(orang yang menerima tarbiyah itu bukanlah sebuah kata nama tetapi ia adalah sebuah kata kerja yang terzahir melalui segala aspek dalam diri sesebuah individu)





Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?~45;23

[1384] maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, Karena Allah Telah mengetahui bahwa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.



Sebuah fakta, dan bukan auta!!
Mari refleksi diri…benar, baitul musim itu sesuatu yang sangat penting untuk kita laksanakan lebih-lebih lagi untuk merealisasikan matlamat, Islam sebagai Ustaziyatul Alam…tapi, apakata kita kembali rujuk kepada maratib amal ini kembali…



Hakikatnya, wahai sekalian sahabat dan sahabiah, baitul muslim bukan hanya tertegak dengan sebuah perkahwinan, tetapi ia tertegak dengan berdasarkan kepada kekuatan individu-individu yang membinanya, masakan kita ingin membina baitul muslim sedangkan individu muslim masih belum terbina pada diri kita ini lagi? Mari refleksi, siapa sebenarnya individu muslim ini-mereka ini adalah golongan yang mempunyai 10 sifat(Muwasafat Tarbiyah) yang telah digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al Banna ini
1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang soheh
3. Sihat tubuh badan
4. Menjaga masa
5. Luas pengetahuan
6. Akhlak yang mantap
7. Terjaga urusannya
8. Mampu berdikari
9. Melawan nafsu
10. Bermanfaat kepada orang lain

Ayuh, bangkitlah dari mimpi!!bagaimana mampu untuk kita terfikir untuk mendirikan baitul muslim sedangkan diri sendiri sahaja belum menjadi muslim sepenuhnya??berhentilah sejenak, dan berfikirlah kembali…

Sedangkan, kerja rumah yang diberikan oleh guru di kolej pun tak siap, macam mana pula kita ingin menjaga pasangan masing-masing nanti..

Sedangkan, anak usrah pun masih tak dijaga dengan betul, macam mana nak jaga anak sendiri??


Sedangkan kelas di kolej pun kita selalu lambat dan ponteng, bagaimana untuk kita pikul tanggungjawab sebagai suami/isteri yang tidak ada pengecualiannya kelak??

Sedangkan makan dan pakai sendiri masih tidak terurus, macam mana pula kita ingin menguruskan makan pakai orang lain…

Ana bercakap tentang realiti, dan bukan sebuah impian atau sebuah dongeng…baitul muslim tak akan menjadi kenyataan dengan sekadar sebuah mimpi dan hasrat hati yang mendalam terhadap seseorang, tetapi masih banyak lagi yang perlu dilihat dan dinilai…mudahnya kita untuk melamar dan menyunting seseorang tanpa kita fikirkan keadaan dan situasi yang sedang kita alami pada ketika ini…

Lupakah kita pada perjuangan kita?
Lupakah kita pada janji-janji kita?
Lupakah kita pada prioriti kita?

IB masih menuntut perjuangan 100%, agar kita golongan yang menerima tarbiyah tidak menjadi fitnah buat D&T ini, maka mengapa kita masih lagi leka?masih lagi enak membuaikan diri dalam angan-angan? (Jefrey yang duduk kat Sarawak pun bley sacrifice cuti seminggu nie, tinggal di gereja di Banting untuk attend extra Class Math and belajar, kita?masih dalam angan-angan dan kemalasan kita!!!)

Teringat ana akan kata-kata daripada seorang murobbi… "Jika kita ingin melihat Islam menjadi sebuah Ustaziyatul Alam, maka jangan pernah kita terfikir untuk rehat dan tidur berlebihan!”
Namun, di saat ini, di manakah usaha kita?kadang-kadang diri sendiri turut jua hanyut, melayan tidur yang berpanjangan, ibadah tidak terjaga, hati tidak dijaga bahkan hubungan dengan Allah juga hilang entah ke mana, dan apatah lagi sesama manusia?

Jadi di manakah kita sebagai seorang individu muslim???atau kita sekadar seorang muslim tampalan yang hanya menggunakan ayat-ayat Allah di kala kita memerlukannya, yang mengaplikasikan hadith bila kita merasakan ianya sesuai untuk membela perbuatan diri yang tidak boleh diterima pakai oleh orang lain?

Perkahwinan itu sebuah medan untuk memberi, dan bukan untuk menerima…

kembalilah pada Allah…Sudahkah kita benar-benar kembali kepadanya atas segala kudrat dan ikhtiar kita?

Buat Ikhwah sekalian…
Sedarlah…Antum semua adalah Ar-Rijal yang mengetuai pasukan pembela agama Allah..maka sudahkah antum benar-benar menjadi Ansarullah itu?
Bangkitlah, antum telah benar-benar bersedia maka Allah akan mempermudahkan segalanya bagi antum…
Lihat kembali diri sendiri, layakkah?Tertunaikah segala tanggungjawab antum kelak?
Dan yang paling utama, sudahkah antum menegakkan Islam di dalam diri sendiri?

Kerana Islam itu akan tertegak di muka bumi ini andai Islam itu sudah tertegak di dalam jiwa setiap muslim, dan ia bukan tertegak dengan hanya sebuah perkahwinan…

Buat akhawat sekalian…
Hanya satu sahaja pinta ana buat antunna sakalian serta buat diri ana sendiri…
Sudahkah kita menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita kepada Allah?

Kerana jiwa seorang wanita patut hanyut di dalam kasih dan cinta Allah semata-mata, agar jika seorang rijal menginginkan jiwanya, maka dia harus mendapatkannya daripada Allah sendiri…

Dan marilah kita sama-sama melihat diri sendiri, mungkin ada salahnya pada kita sehingga menjadi fitnah di dalam hati seseorang yang bergelar kaum adam itu…dan berserahlah kembali kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…

Sekadar sebuah luahan hati, ana mengharapkan yang terbaik buat semua pembaca yang telah membaca post kali ini…segala kekasaran bahasa ana pohon seribu kemaafan…
Ana tidak pernah berperasangka buruk terhada pembinaan Baitul Muslim, kerana inya sudah tentu menjadi impian ana juga kelak, namun, kita harus tetap sedar, di manakah status dan prioriti kita pada kala ini?

Tetaplah berjuang duhai Ansarullah… kekuatan seseorang ‘Fityah’(pemuda) itu bukan terletak pada umurnya, tetapi pada jiwa yang dimilikinya…Moga kita sama-sama teguh membina jiwa-jiwa muslim di dasar hati kita!!Insya Allah!

Menuju Syurga dan Cinta-Nya yang Hakiki!!!(^_^)

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

9 Response to Selangkah ke arah Pembinaan Bait Al-Muslim!(^_^)

March 17, 2010 at 8:55 AM

salam alaq nie kak ija..
masya Allah hebat post enti..
akak suka alhamdulillah
yeap sgt2 btul...
mmg kena kuatkan individu tue terlebih dahulu..supaya BM yg bakal dibina turut kukuh..

rindu kat antunna sekalian..
May He loves U all more than i do

Selamat berjuang !!!
salam perjuangan dan salam sayang!!!

March 17, 2010 at 4:20 PM

to: Kak Ija..
Insya Allah...saye pun sangat rindukan akak...huhu...mOGA Allah memberikan kekuatan pada kite sume...
hehe...Uhibbuki Fillah..(^_^)

Anonymous
March 17, 2010 at 4:20 PM

well said=)

March 17, 2010 at 5:27 PM

salam ukhti...
rasanya mengetahui sebab kepada post ini.... xde nk kata apa..coz u said it already..but juz wanna say that i agree with you...hehe.. semoga meresap ke hati yg membaca..

March 17, 2010 at 6:43 PM

to Muhammad Fazli:
Jzkk Khair...Moga dapat memberikan kebaikan untuk diamalkan insya Allah..(^_^)

March 17, 2010 at 6:44 PM

To:Aisya Humaira
Hehe...ana phm jer anti da tau...beselah...kite kan insya Allah ader antenna tuh...hehe..signal transmitted successfully...
Insya Allah, moga dapat sama-sama kita amalkan pada diri...

March 17, 2010 at 6:59 PM

salam ukhti...

as i told u earlier...i'll support 100% for diz post to be published!

yup...sangat2 setuju...

binalah individu muslim dalam diri terlebih dahulu sebelum mengidamkan untuk membina baitul muslim...(^_^)

moga post ni dapat mengingatkan diri mereka yang terlalu asyik memikirkan dan mencari untuk membina BM sehingga lupa untuk membina IM...insyaAllah!

sesebuah perkahwinan itu bukan sahaja merupakan nikmat tetapi juga AMANAT....

March 17, 2010 at 7:06 PM

to: Zulaikha..
Insya Allah...May Allah lead us all to the right path ukhti..
Niat ana menulis post ini bukan untuk menghukum sesiapa, tetapi untuk kita saling support each other and memperingatkan sesama kita...
Insya Allah...i've always knew that u r always by my side...

March 20, 2010 at 12:02 PM

salam alaq..:)

thumbs up!!
bergetar n naek bulu roma tme baca post nie..
sgt2 best n menusuk btol la..
insyaAllah, mari sme2 kta bermjahdah..:)