Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah luka yang tidak bisa dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah S.W.T.
Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.
Di dalam hati juga ada kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenali Allah dan berinteraksi dengan-Nya.
Di dalam hati juga terdapat kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan perhimpunan kerana Allah, dan perginya kegelisahan itu menuju Allah.
Di dalam hati juga ada gejolak api yang tak mampu dipadamkan kecuali dengan keridhaan akan perintah,larangan,dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sehingga tiba saat pertemuaan dengan-Nya
(Ibnu qayyim)
2 Response to Muqaddimah sebuah perkenalan~
minta kebenaran copy kata2 ni ye Alaq....
sungguh menyentuh qalbu...
Subhanallah.. =D
Alhamdulillah...
insya Allah...sile-silelah...
(^_^)
Post a Comment