Alhamdulillah!Alhamdulillah!Alhamdulillah!
Tiada kata yang mampu saya ucapkan lagi pada saat ini tatkala jari jemari saya masih diberikan kekuatan oleh Allah untuk meliang-liuk di atas papan kekunci komputer ini...
Dan pada hakikat yang nafas masih mampu dihela dengan belas ihsan daripada yang terlalu Penyayang,yang menjaga setiap denyut nadi,setiap kelipan mata dan setiap pergerakan sel-sel dalam jasad ini yang ternyata lemah fitahnya...
Alhamdulillah,setelah sekian lama,akhirnya saya kembali menulis,menukilkan secebis daripada kehidupan diri,dengan harapan moga Allah meredhainya,dan moga ada jiwa yang tersentuh dengannya,dengan izin Yang Maha Kuasa...
Pada ketika ini,hanya tinggal lebih kurang 13jam sebelum saya melangkah ke halaman baru dalam buku kehidupan di dunia yg singkat ini...Alhamdulillah,masih diberikan rezeki yang cukup besar oleh Allah,bahkan masih berkesempatan untuk hidup pada waktu ini dalam nikmat yang paling besar dalam hidup iaitu iman dan islam!
Allahu Akbar!!
Lama membisu bukan tandanya hilang,namun terlalu banyak yang saya pelajari dalam tempoh lebih 6 bulan yang lalu...terlalu banyak ibrahnya,bahkan terlalu banyak juga perasaan yang bergolak dalam waktu itu...
Saya cuma manusia biasa,saya lemah,saya juga merasa lelah dan penat,saya juga tersungkur,saya juga menangis,saya juga bersedih,saya juga merasakan kesakitan yang teramat....
Namun benar, pada diri seorang mukmin itu harus sentiasa ada keyakinan pada Allah!jangan pernah berputus asa dari rahmat-Nya!
Ada keyakinan pd kasih sayang Rab-Nya yang akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam hidupnya!
Ada kekuatan dalam dirinya untuk sentiasa mencari hikmah dan ibrah dalam setiap kesukaran yg dihapinya!
Ya!saya ingin menjadi mukmin sejati!
Allah,bantulah hamba-Mu ini!
Orang yang saya jumpa lately selalu nak bertanya perasaan sebelum nak terbang nie...
"ape perasaan ek?"
"ish!!!mesti excited kan!!"
"bestnyer!!da nak fly!"
Astaghfirullah!Astaghfirullah!Astaghfirullah!
Kalu nak tahu,saya sangat takut!takut yang teramat!
pernah tengok tak cerita pakcik spiderman yang boleh keluarkan benang sutera dr tangannya lalu bergayut-gayut ke bangunan-bangunan?
kalu pernah,mesti pernah dgr motto pakcik spiderman tue:
"With great power,comes great responsibility"
Allah!
Hasbunallah wa ni'mal wakil,ni'mal maula, wani'mannasssir!
kalu saya translatekan pd life kite,
"With great nikmat,comes great responsibility!!"
Lately sungguh banyak ayat peringatan dr-Nya yang cukup menggetarkan hati ini,takut sebab dah terlalu banyak nikmat dan kemudahan yang Allah beri dalam hidup saya nie...moga-moga saya bukan seperti apa yang Allah nyatakan dalam ayat nie:
"Have you not seen those who have changed the Blessings of Allah into disbelief (by denying Prophet Muhammad and his Message of Islam), and caused their people to dwell in the house of destruction?"
14;28
Segala yang pernah diterima menjadi peringatan bertubi-tubi dalam hati dan jiwa ini!
Umar bin Al-khatthab r.a. berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Penilaian Allah bagi setiap orang, ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah (dari daerah kafir ke daerah Islam) semata-mata kerana taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka hijrah itu diterima oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Sebaliknya sesiapa berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan ketika berhijrah ke sesuatu tempat itu.”
(Bukhari, Muslim).
yes...niat!!!niat itulah yang menjadikan perkara yang kecik menjadi besar,dan perkara yang besar pun bole jadi kecik kerana niat yang berbeza!
keyword yang selalu terngiang-ngiang di corong telinga saya,
"Noktah bidayah sohehah"
Biar soheh fikrahnya!
Biar soheh niatnya!
Biar soheh perbuatannya!
Allah!kuatkanlah hamba-Mu yg lemah ini!
Tiada apa lagi yang saya mampu katakan,selain mengharapkan yang terbaik buat saya,dan buat tanggungjawab serta amanah yang telah saya galas di pundak saya ini.
Dan moga Allah meminjamkan secebis kekuatan untuk saya mengharunginya,sehingga pertemuan dengan-Nya nanti!
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu
mati melainkan dalam keadaan Islam!"
3;101
Sesungguhnya,hanya taqwalah bekal yang sebaik-baiknya!
Allah tsabatkanlah hati ini pada jalan menuju-Mu,
jalan yang Haq!
Jalan yang Engkau redhai!
Jalan menuju syurga-Mu!
Jadikanlah hijrah-Ku kali ini,
Hijrah yang membawaku lebih dekat kepada-Mu,
Yang menjadikan hatiku ini lebih mencintaiMu dan Rasul-Mu,
Yang menguatkan kaki ini untuk terus tsabat pada jalan untuk memikul amanah agung dariMu!
Jadikanlah hijrahku kali ini,hanya untukMu!!
Solely for You dear Allah!!
"Waqtasimu Bihablillah!!!"
"Waqtasimu Bihablillah!!"
A Road to find His Love
Itulah saya,halaman sudah berubah rupa,namun pencarian itu sentiasa berlaku,seiring dengan denyut nadi ini~
Sehingga waktu itu,sebuah pertemuan melangkaui segala batasan nikmatNya,
ketika kita akan melihat Wajah-Nya!!
insya Allah!!
p/s: kepada sume yg mengenali diri ini, di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf andai pernah saya mengguris hati sesiapa,atau melukakan atau mencederakan mana2 organ anda...halalkanlah segala apa yang pernah saya ambil baik secara sengaja atau tidak,mahupun secara sedar atau tidak...(kalu ak redhakan,bagtau lah saya,insya Allah saya cube selesaikan)
dan saya memohon,doa kalian agar diri ini terus kuat,berjuang kerana-Nya!
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun!"
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ‘, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti!"
"Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji”.
Cukuplah Allah bagiku!
5 Response to .:Shifting:.
assalamualaikum,akak
tak dapat saya nak hantar akak esok, tapi sy sentiasa doakan akak. agar ditetapkan hati agar dpt terus bermujahadah di atas jalan ni..agar hati sentiasa istiqamah dlm mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya..akak jaga diri kat sana. take care.=)
khadijah
salam ukhti alaq,
subhanaAlllah!
moga terus dikuatkan oleh Allah.
pstikan ia bidayah sohihah, insyaAllah
tibe2 teringat ustz salam.
terus menggegarkan OZ! :) insyaAllah
kim slm ct yerk n sisters fillah y laen.
kd:
Insya Allah dear!!takpe je....doakan kite sume supaya sentiasa tsabat dlm berjuang!!!u tke care too ok..
=)
fieqa:
moga2 doa antunna utk kami terkabul!!moga dunia bergegar dgn islam dan himmah nya!!!
♥
kak aisyah:
maaf andai ada hak akk yg tak saya tunaikan sbg ank didikan akk....
juz noe that,u'r always here....in my heart...and insya Allah my prayers....
<3
Post a Comment