Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...Alhamdulillah...tiada kate mampu terungkap...
Betapa Besarnyer nikmat yg dirasakan hari ini,
Sebab saya MASIH BERNAFAS dan dalam kesempurnaan JASAD dan RUH...
Betul, usualy saya slalu je tulis ayat kat atas ni...in fact berkali-kali...mungkin kalau org bace tulisan saya,dah boleh agak dah sape yang tulis...
Tapi,kali ni benar-benar
Allah bagi peluang untuk hidup dlm keadaan yang sempurna...nk tahu knp?
Meh saya cerita~kalau sudi boleh terus baca...(^_^)
Perjalanan ke Kuala Lumpur bermula,berhadafkan pentaujihan diri,ziarah, urusan family, buku medic di Kamal Bookstore, sharing dengan cucu di Kmb
Halangan: Abah jatuh sakit,seminggu fever,diabetic pt. , Glucose level: unable to be detected(too high), wound 1inch depth,refuse to be warded, Diagnosed:infection, plans: to be warded, IV-antibiotic, decrease sugar level through effusion pump,insulin injections fail to work
"Nanti balik awal yer kin,kalau urusan semua da selesai,abah sakit, mama kene kerje sabtu ni..."
Natijahnya, beberapa hadaf gagal saya laksanakan, tak sempat ziarah akhawat yang saya rindu sangat-sangat di perak, tak sempat juga untuk saya jumpa cucu-cucu sebelum pulang ke bumi OZ...
mood: sedeh yang teramat (T_______T)
Jumaat petang,selesai semua urusan pembelian buku-buku,bersedia pulang hari ahad,early in the morning,when suddenly,
"salam alaq,enti masih di KL sabtu ni? nak mintak tolong replace kak *****, boleh?"
saya renung dan renung mesej di handphone...lama juga saya fikir,sedang fikir-fikir,
"salam alaq, kita perlukan presenter SH kat KL,enti boleh bantu?"
malam sebelumnya,bila bertemu dengan ukht M*******h,
"Lah,kenapa awak balik hari sabtu,balik je lah hari ahad, banyak tau program around sini,minggu ni je ade * (>6) program"
Remuk redam betul hati saya...bila tersepit kali ni...bertimpa-timpa seruan memanggil,
Namun entah kenapa, hati kala ini terasa berat,
terngiang-ngiang suara mama sebelum saya bertolak kemarin,pesanannya bermain-main dalam minda berkali-kali, keadaan abah yang agak tak stabil menambah kerisauan,
3 hari lagi pula akan pulang ke bumi OZ, sedang hak mama dan abah seolah menjerit minta dipenuhi
Sedangkan sepanjang cuti summer kali ni, tak pernah sekali mereka bersungut walaupun sehingga 2 minggu berturut saya tak pulang ke rumah,bukan sekali dua, bahkan lebih dr itu, bila pulang jatuh sakit,malah bila di rumah pula saya keluar menunaikan hak akhawat around melaka sendiri...
oleh kerana itu, saya terpaksa menolak kali ni, dengan perasaan yang berat...
"Ma la kum?!!.......bila disuruh kamu berangkat, maka kamu berasa berat, arodhi tu bil hayatiddunya minal akhirah?!!(adakah kamu lebih redho akan kehidupan di dunia ke atas akhirat?!!)"-At Taubah-
Maka saya berangkat balik ke melaka pagi tadi,(tak sangka ia terjadi, sebab kerete ni baru je servis)
Tiba-tiba, stereng kerete bergegar tahap dahsyat, betul-betul dahsyat...
Pernah rasa tak macam kerete nk terbarai,macam tulah saya rasa,
Bunyi besi kat tayar, seolah macam tayar nk tercabut,
Stereng menyenget ke kanan berkali-kali,
saya berhenti di hentian pedas-tayar kelihatan ok..
terus berjalan lagi...sikit lagi nak sampai
gegaran makin dahsyat,setiap putaran rasa terasa bagai melanggar lekuk-lekuk dalam pd jalan,sedangkan jalan lebuhraya tu licin je..
Jantung saya berdegup pantas,
masa tu macam-macam fikir,
ape kan jadi lepas ni?
jangan-jangan kerete ni mati tengah jalan ke?
kalau roda tercabut macam mana?
saya akan mati ke?
Dalam hati tak henti-henti doa pada Dia, tak henti-henti zikir...moga dengan itu,tenang sedikit.
betul, saya betul2 rasa macam akan mati tadi...kalau kerete tu berhenti suddenly,mesti kerete blakang tk smpat berhenti(sebab keret kat highway sume laju2), langgar saya,kalau saya pergi jumpa Allah lepas tu, mcam mn?!!!!
"kenapalah tolak kerje dan request akhawat..kalau saya mati sekarang, malunye jumpe Allah,kalau Allah tanya,macam mana nak jawab....ya Allah,selamatkanlah...selamatkanlah,jika kau takdirkan mati untukku,maka matikanlah aku dalam kebaikan...dan dalam perjuangan untuk deen-Mu ini"-monolog dalaman sambil sedeh dalam kerete-
Alhamdulillah,nampak susur keluar ayer keroh,kerete,masih bergerak dalam ketidakstabilan yg nyata, elok je lepas siket tol tu, tatkala nak buat pusingan tajam...
"graaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkk......"~kerete stopped immediately~
saya stranded,di tepi selekoh simpang 4, kerete jam,unable to move sikit pun....
expected to happen,tapi bersyukur,kerana segalanya ok semasa kejadian berlaku....
nak diagnose ape yang rosak?
ade satu bende yang dipanggil drive shaft~bende tu, patah,dan bertaburanlah geguli besi atas jalan raya
itulah...
2nd CHANCE UNTUK TERUS HIDUP DENGAN KEADAAN SEMPURNA.....
Alhamdulillah...Allah je lah yang tahu ape yg berlaku kalau kereta jam(sebab die ade ABS-auto break system) masa di highway,atau mana selekoh susur keluar highway yang dahsyat...
Alhamdulillah...Allah masih bagi chance nk mati sebagai pejuang deen-Nya...
Alhamdulillah, Allah masih kesiankan saya....
Telah dekat terjadinya hari kiamat,Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu selain Allah,Maka apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini?Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?Sedang kamu melengahkan(nya)?Maka bersujudlah kepada Allah dan sembahlah (Dia). 53; 57-62
Tak tahulah macam mana nak face Allah...andai saya bertemunya hari ini....
(T______T)
wallahu'alam...
moga Dia pilih kite untuk mati sebagai syuhada'
Biar sampai Jannah,
Biar dapat melihat wajah Allah tanpa hijab,
Biar kita dapat berdiri di belakang Panji Hamd yang dipimpin Rasulullah
Allahumma Ammen~
No Response to "2nd Chance~"
Post a Comment