0 comments

Kesempurnaan

Published on Tuesday, August 21, 2012 in

Bukan senang untuk menjadi sempurna,
Kerana segalanya perlukan keseimbangan yang baik,
Saya bukan org yang sempurna,
Saya juga masih banyak yang perlu dipelajari

Berkali-kali saya selalu ungkapkan bait-bait ini, 
Mungkin ramai yang dah bosan dengannya,
Mungkin juga ada yang menganggap ianya suatu kata-kata yang kosong,
Hakikatnya,
Iman saya jugak iman seorang manusia yang ada yazid wa yanquz nya,

'Anak-anak' usrah saya banyak mengajarkan saya perkara-perkara yang penting,
Dan saya harap mereka tahu bahawa saya juga masih belajar,
Baik buruknya mereka, saya terima dengan sepenuh hati saya,
Walaupun kadang2 saya mengusik,
" mungkin korang tukar mak jela, sebab nakal sangat"

Tak pernah sekalipun saya menyerah kalah dengan mereka,
Saya tahu, mereka mencuba yang terbaik setiap masa,
Saya tahu juga, bahawa ini adalah fasa yang sukar untuk mereka,bahkan untuk saya juga,
Fasa yang merentap segala kekuatan,serta menggigit segala ketabahan yang bersisa di dalam hati,
Walaupun saya kadang-kadang kecewa,
Kekecewaan yang lebih besar itu saya sandarkan pada kelemahan diri saya,
Hakikatnya, terlalu cepat Allah menguji bilamana saya alpa dengan-Nya,

kerana itu mereka, telah banyak mengajar saya, lebih dari saya mengajar mereka
Walaupun kadang-kadang saya berharap saya boleh jadi yang sempurna untuk mereka, namun akhirnya, tiada juga yang lebih sempurna melainkan Allah,
Maaf..untuk segalanya...

Hakikatnya,
Tarbiyyah itu semestinya ada kerana ianya kan membawa kita kepada yang terbaik, walupun kadang-kadang ia bukan yang paling sempurna
Saya bukan sempurna, dan saya tak perlukan mereka untuk jadi sempurna di depan saya,
Cukuplah, kita sama-sama strive untuk cari redha Allah...


Yang sentiasa mencintai mereka, walau apa yang berlaku...
Yang masih cuba menjadi seorang yang bergelar
MUROBBI

Moga Allah tetapkan kita dalam menjadi hamba yang sentiasa mengingati, mensyukuri, dan tetap taat sebagai hamba-Nya..

~Allahumma inni 'ala zikrika, wa syukrika, wa husni 'ibadatik~




Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "Kesempurnaan"