5 comments

Layakkah kita....

Published on Thursday, November 26, 2009 in


Tatkala langit senja yang merah melitupi awan cerah yang ditemani mentari yang terik sepanjang hari,

ku menyedari akan kehadiran tirai 10 zulhijjah yang hadir dengan penuh nikmat...

bersyukur kerana masih berpeluang untuk kembali ke rumah, bertemu dengan abah dan mama....


..PENGORBANAN..

Satu kate yang tidak asing lagi dengan Aidiladha yang baru sahaja menjelang menemui semua umat Islam kini....

Tetapi sejauh mana kata ini dihayati dengan setiap ruh dan jiwa setiap antara kita...


..PENGORBANAN..

Mana lagikah pengorbanan yang lebih tulus daripada pengorbanan Ibrahim dan Ismail...

Tatkala Ibrahim sanggup mengorbankan anak yang cukup dikasihinya...

Ismail yang merelakan batang tengkuknya dikelar sehingga melayang nyawanya...

segalanya berasaskan pada perintah Allah...

sehinggkan nyawa dan jiwa sanggup dikorbankan....


Pengorbanan manakah yang setabah Siti Hajar...

yang merelakan dirinya ditinggalkan suami yang dipercayai dan dikasihinya...

di sebuah tanah gersang....kering...dan kontang...

sehingga kini Sai'e dijadikan ingatan buat kita semua....


Dan yang paling besar...

Pengorbanan manakah yang mampu menandingi kasihnya Muhammad pada ummatnya...

Baginda, insan yang tatkala ingin direnggut nyawanya oleh Izarail,

sehinggakan Jibril memalingkan wajahnya...

sehingga baginda bertanya,

jijikkah wajahku wahai Jibril, sehingga kau memalingkan wajahmu...

sehingga Jibril menjawab, tidak wahai kekasih Allah...

namun makhluk mana lagikah yang sanggup melihatmu dalam kesakitan yang teramat ini...


Namun pada ketika itu...

saat kesakitan maut menggigit tubuh nya...

terkeluarlah bibit kasihnya...


"sakitnya maut ini wahai Jibril...kalau begitu, biarlah aku
yang menangungnya seorang...

dan janganlah kau biarkan umatku merasai kesakitan ini"


SEDARKAH KITA???

LAYAKKAH KITA???


Untuk menerima pengorbanan yang sebegini...


Sedangkan, ke masjid untuk berjemaah sudah keluar keluhan yang berat...

Sedangkan untuk mengisi hati, hati pula memberontak memikirkan tentang kerja yg bertimpa..

Sedangkan bila diminta untuk berinfak, banyak pula keperluan yang masih belum dibeli...


Aduhai diriku...

Aduhai sahabatku...

Aduhai saudaraku...

Aduhai ummat Muhammad sekalian....


Memikirkan tentang ini....

Jiwaku sungguh takut...



Alangkah malunya...

Andai wajah ini mahu bertemu dengan Ibrahim nanti...

Atau Ismail....

Atau Siti Hajar....

malah....

Muhammad

(peace be upon him)

yang tak pernah berhenti mencintai kita....

Tapi hati kita...

Dipenuhi dengan cinta dunia....

Cinta manusia....


Cinta akan harta...


Cinta akan kejayaan...


Cinta yang dihiasi bunga-bunga nafsu....


Satu pengajaran utama di sini...


Macam mana kita nak berkorban dengan setulus hati penuh keikhlasan??


"Apabila kita berjaya mengajar hati kita untuk mencintai yang sepatutnya...

Kerana abila hati mencintai dengan setulusnya...

Kita akan memberikan segala apa sahaja bentuk pengorbanan,

harta, bahkan jiwa..."

Andai kata wujud pepatah,


"Behind a succesful man, there's always a woman"


maka dengarkanlah kata2 ini pula...

"Behind each sacrifices made for Allah, there's a true love and passion within the soul"


(hak cipta terpelihara)


hence, the key of pengorbanan yang sebenar adalah...

To love Allah and Muhammad,

before anything else....



" tidak akan terasa kemanisan iman sehingga seseorang itu boleh mencintai Allah dan Rasulnya melebihi dari segala-galanya,


mencintai sesuatu hanya kerana Allah dan Rasulnya,


dan membenci akan kemungkaran sebagaimana dia membenci untuk dicampakkan ke dalam api neraka"

(hadith sahih)


Percayalah pada janji-Nya...

Jodoh itu adalah rezeki kita wahai sahabat...

Andai tidak di dunia...

Biarlah dengan para syuhada di syurga-Nya kelak...

Buat saudara hawaku sekalian...jangan pernah biarkan diri kita dinodai dan menodai, kerana sesungguhnya Allah menjadikan kita ini tinggi darjatnya...maka tutupilah ia, biarkanlah ia menjadi rahsia, sehingga hanya diketahui oleh pemilik yang sepatutnya sahaja...

Saudara ku, kaum Adam yang bijaksana...

ketahuilah...

bahawa kami, ini permata dunia...

tetapi, boleh juga menjadi fitnah yang terbesar bagimu...

maka jauhilah kami sedaya mungkin....

namun lindungilah kami dan milikilah kami pada jalan yang diredhaiNya...


...sekadar buat peringatan...

buat diriku...dan saudara2 ku di kmb..

let's learn to love Allah, before giving your love to those don't deserve for it yet!!

(^_^)

**d*~harap anti puas hati ngan blog ana....

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

5 Response to Layakkah kita....

November 26, 2009 at 11:26 AM

subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar!~

jazakillah sis for d reminder =)

barakallahufik.

moga ukhuwah dan cinta atas dasar taqwa kita membawa ke syurga.

(^_~)

November 26, 2009 at 2:50 PM

salam alayk my dear.... hehe.. menyahut seruan nmpknye... menuju cintaNya....

November 26, 2009 at 4:29 PM

-aisya humaira...
hehe...yelah...blog kite kan blog berantai....
Insya Allah...menuju cinta yang kekal abadi....

November 26, 2009 at 4:30 PM

-sis 'aisyah...
insya Allah...moga taqwa bersemi di setiap pelusuk hati, dan terus dibajai cinta kepada-Nya...

December 14, 2009 at 9:19 PM

salam dear...

tq 4 da reminder..
ukuran layak hanya bergantung pada rahmatNya...
siapalah kita untuk menentukannya...(^_^)