3 comments

Hujan~

Published on Wednesday, March 30, 2011 in

..Bismillahirrahmanirrahim..


Langit di luar mendung dan masih dalam kegelapan setelah mencurahkan kandungannya yang terlalu berat untuk ditampung lagi...

Hari ini juga,terasa begitu penat jiwa ini menanggung kandungannya.
Saya tahu, saya tak patut mengeluh....
Saya tahu sebenarnya saya tak buat apa-apa lagi pun...
Dan saya tahu Allah mengetahuinya....

Kadang-kadang terlalu banyak yang berputar ligat di minda ini, 
Tak sepatutnya diri ini merasakan bebanan dan keletihan ini...
Tak sepatutnya saya merasakan kelesuan ini...
Dan tak sepatutnya saya merasakan kesedihan di hati ini tatkala saya menitipkan kata-kata di sini...
Allah...

Mungkin hati ini sudah hilang kekuatannya....
Kerana kelekaan dan kelalaian diri ini sendiri pada penjagaan hubungannya dengan Allah,
Pada perjanjian bahawa segala asas tindakannya adalah Allah semata-mata,
Bahawa segala perasaannya adalah hanya kepada Allah...

"And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided...."
3;103

Allah...
Sesungguhnya hamba-Mu ini telah berlaku zalim pada-Mu,
Dan sesungguhnya,setiap insan-insan yang berada di sekeliling diri ini adalah insan-insan yang telah Engkau sentuh hati mereka,
Yang telah Engkau lembutkan hati mereka untuk kami selami,
Yang telah Engkau campakkan dengan kasih sayang,untuk menyayangi diri ini...

"wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolongmu, dan memperteguhkan kedudukanmu"

Berkali-kali hati ini dipujuk-pujuk kembali,
Dan berkali-kali juga hati ini disapa dengan ayat penyejuk daripada Dia yang terlalu Maha Penyayang....

"It is We who relate to you, [O Muhammad], their story in truth. Indeed, they were youths who believed in their Lord, and We increased them in guidance."
18;13

Dimanakah jiwa-jiwa pemuda kahfi di dalam jiwa ini,
Dimanakah hamasah yang luhur yang membumikan setiap perasaan dan tsaqafah dalam perjalanan ini  obsesinya pada Allah dan Rasul,
Dimanakah himmah a'liyah yang mengalir laju dalam setiap pembulur darah ini,agar setiap mehnah itu menjadi hikmah dalam diri ini.....

Allah lah yang Maha Mengetahui...
Dan di sebalik kedinginan yang sedang membaluti diri ini pada waktu ini,
Saya masih merasakan kehangatan kasih sayang-Nya yang masih tak putus-putus memberikan tarbiyah pada diri ini dalam setiap panorama kehidupan yang setiap hari dilalui...

Jangan pernah menyalahkan halaqah yang kurang membasahkan,
Kerana mana mungkin taman-taman syurga itu menjadi sedingin air di kali, dan semurung asap kelabu yang berkepul-kepul di angkasa...
Akhirnya semua akan berbalik kepada hati yang menjadi nukleus pada setiap pergerakan dan tindakan jasadi ini...
Dan kerana hati yang cukup basah mengingati Allah pasti bukan sahaja melihat segalanya dari perspektif tarbiyah, bahkan ia juga berupaya untuk menyirami mana-mana sahaja jiwa yang tandus lagi kering...

Saya bukan menulis untuk meratapi kesedihan dan kepiluan dalam dada ini,
Bukan juga untuk saya renungi kisah silam di mana suatu ketika jiwa ini bertemu dengan tarbiyah,
Tetapi saya menulis untuk mencari kekuatan yang sebenarnya sentiasa Allah pinjamkan pada diri ini,
Seperti awan mendung yang gelap,
Terlalu berat kandungannya,sehingga tidak mampu lagi ia untuk terus bergerak...
Lalu dicurahkan segala isi yang kelam lagi berat itu,
Agar ia kembali bergerak laju....dan memenuhi tuntutannya....
Namun isi yang memberatkan itu, biarpun kelam apabila dikandungnya,
Bila dicurahkan menjadi kekuatan pada penduduk bumi yang kehausan,
Menjadi kelegaan buat lambaian kehijauan yang kedahagaan,

"Dialah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu.Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum yang memikirkan."
16;10-11

Comelnyer....
Pada awan pun Allah letakkan tarbiyah untuk kite sama-sama fikirkan....
Alhamdulillah...

Duhai diri...
Bersabarlah dikau...
Teruskanlah...
Biarkanlah dirimu lelah kerana Allah...
Kerana seandainya ia tidak lelah kerana Allah,maka ia akan lelah kerana perkara yang sia-sia..

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar..."
3;143


Belum ade lagi orang yang panggil saya gile,jadi sebenarnya, belum cukup kerja lagi saya nie...
(T_T)
"Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis,berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila."
68;1-2

Sesungguhnya hujan ini adalah rahmat,penyejuk dan penenang hati ini...



“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah”
 (Al-Qamar; 11)

Maka kabulkanlah Ya Allah....


*wahai diri,awk dah bertambah tua tahun ini...semoga awak menjadi kuli DnT yang paling setia...semoga awak bertemu Allah dengan jiwa yang tenang....*

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

3 Response to Hujan~

Anonymous
April 6, 2011 at 7:58 PM

ukhti terus kuat! bangkit terus!

Allah ada bersamamu.

andai dirimu terasa berat, lemah dan tak bersemangat..

cuba fikirkan anak2 binaanmu.. bagaimana pula mereka?

*surah al-baqarah 2 :186*

April 9, 2011 at 3:56 AM

jzkk ukht...akan dicuba...sehingga pertemuan yang pasti dengan-Nya...

Anonymous
April 28, 2011 at 12:56 AM

Alaq!~ Takyahla sampai org panggil you gile.. nanti masuk asylum.. buat rugi je masa dlm tu nanti.

Stay strong hunny!~

<3