3 comments

Sebuah tinta,sebuah luka Yang tak terungkap..

Published on Thursday, March 7, 2013 in

Bismillahirrahmanirrahim..
Sadis, pembuka kalam tahun ini nampaknya sebuah entri yang yang tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.

Tahun ini, lebih sukar..
Itu pasti, saya sudah ketahuinya sebelum pulang ke OZ lagi..
Tapi, seperti biasa, bila kita lalui sendiri, barulah nk ternganga kan?

Anak-anak saya kali ni jauh beribu batu, yg 3 org jaraknya 1jam 15minit naik flite, yang 4 lagi 2jan 30minit naik flite tambah 3 jam naik tren..
kalau nk bertemu sume secara darat?~alangkah indahnya kalau saya boleh buat macam tu..

kesedihan pertama, ialah mereka sume jauh dari saya..jauh bukan kerana jarak, jauh kerana hati kami masih jauh drp satu sama lain..
jauh kerana saya baru nak jaga mereka, sebelum ni, jarang-jarang pula bertanya kabar mereka..pandang2 sebelah mata mungkin ada, atau mungkin sekadar bersapa khabar..

saya mengimpikan muayasyah yang kerap dgn mereka..

Kesedihan kedua, saya rasa lemah sangat, lemah untuk menjadi murobbi mereka..
yang ni, no komen la..entah berapa banyak kali saya menangis sebab ni
setiap kali nak usrah, berhari lamanya saya kaji bahan, dan buat persiapan..

suatu hari di gatton..
saya sengaja bawa mereka jauh dr tempat selalu, sengaja naik kerete lihat perandangan yang hijau mata memandang, harapan saya mereka gembira..
tade ape yang saya nk..
saya cume nk mereka gembira..

Tapi last2 sume orang sedih masa tu, minggu tu pulak perancangan mereka kurang tersusun, semuanya kucar kacir, mereka sedih telah hampakan saya, kedaan semasa mereka sedih dan menyedihkan mereka..
usrah kali itu, semua menangis, yg 4 org di sana(alam maya) pula terkial2, termanggu-manggu...cuba merasai kesedihan org di gatton...
kalaulah antum boleh lihat setiap air mata mereka, pasti hati antum terhiris sebagaimana saya..

Masa tu saya tahan air mata saya..saya tahan, supaya mereka jgn sedeh lagi, saya senyum dan cuba senyum..
Di hadapan Allah, saya tak mampu simpan lagi..
hingga kini, almost hari-hari saya menangis..penat sudah saya menangis..not knowing kpd siapa boleh saya ceritakan selain drp Dia..
Akhirnya saya cerita di sini...dengan harapan hati saya lega sedikit..dengan harapan esok saya akn membaca kembali entri ini dengan sebuah senyuman..

Saya hanya mahu mereka gembira...and for that, I'll give everything that I have..
Banyak macam mana pun kekurangan dan kelemahan mereka,apa kurangnya itu pada diri saya..
Saya terima mereka,dan saya tetap harus didik mereka mengatasinya, moga-moga dengan itu, kelemahan saya juga dapat diatasi...
Siapa,atau apapun mereka, mereka tetap mad'u saya,mutarobbi saya, dan saya tetap murobbi mereka..

:)

Ok, saya akn senyum...
dan akan terus cuba buat mereka gembira... :)

Saya ingin jadi daie agung!


“Dia seolah-olah manusia tanpa nafsu, tanpa keinginan dan tanpa keseronokan dunia. Dia lupa makan minum dan pakaiannya. Bahkan lupa dirinya sendiri kerana mengenangkan makhluk Allah S.W.T. Di dalam hatinya tidak ada dirinya. Yang ada hanyalah makhluk Allah S.W.T (yang menjadi mad’unya). Apa yang dimintanya hanyalah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada manusia kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada qada’ Allah S.W.T.”
~ Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani~

signing off for tonite,
Raudhatul Ansar
March,8th; 0003hours

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

3 Response to Sebuah tinta,sebuah luka Yang tak terungkap..

March 7, 2013 at 8:44 PM

Assalamualaikum,

wahai ni'mat yang mengasyikkan,

ana merasai enti, ana nak bawak kepada sesuatu, kita mengajak kerana kita cinta, dan kerana itu usrah itu dua hala, bukan kerana kita lebih baik kita menjadi murabbi, namun kita punya sesuatu yg kita nak share :)

itulah course of tarbiyyah that Allah had carved for you and for them, it may be full of tears, it may be full of torns, but it will definitely shape the way we think, the way we see...

nangislah kalau itu perlu, mengadulah kerana itu sifat seorang manusia, namun teruslah melangkah kerana itu sifat seorang muslim, kerana seorang muslim itu hidup dgn keyakinan terhadap janji2 Tuhannya,


yg menanti pertemuan di suatu masa nanti,
yg mengharap setiap usaha sebesar debu itu dikira,
yg memohon agar disatukan di syurgaNya kelak.


salam sayang dari bumi Titanic,

'yg bertuah'

March 9, 2013 at 12:24 PM

jzkk dear ukhti.... :')
Doaka ana dalam titipan2 doamu..

March 10, 2013 at 1:10 AM

usratiii :') layangan cinta dr bumi shamrock. saling mendoakan ye..