1 comments

Harga sesebuah mujahadah...

Published on Monday, April 20, 2009 in


Mujahadah, satu perkataan, baynyak ertinya, luas permukaannya...


makin diselami makin terserlah keindahannya...


Namun kini ana melihat betapa mahalnya harga sebuah mujahadah...apakah yang yang diertikan sebagai mujahadah...bagi ana mujahadah itu adalah 'indicator' kepada takwa seseorang hamba terhadap penciptanya...melawan hawa nafsu dalam diri itu adalah jihad yang terbesar pada seseorang hamba...


namun selagi jihad yang terbesar ini tidak dapat dicapai, maka bagaimanakah jihad tertinggi untuk menegakkan Islam dapat dilaksanakan??


tepuk dada,tanyalah iman kita...usahkan hendak menyuruh menghunus pedang dan menggempur musuh islam, nafsu di dada pun masih tidak dapat dikuasai...renungkanlah wahai saudara-saudaraku...


kita selalu lalai dan alpa di dalam hidup kita ini, lalu mensia-siakannya, mengikut hawa nafsu, bergembira dan bersahut-sahut dalam hilai dan tawa...


ironi betul fenomena ini, kerana tanpa kita sedari kita telah dizalimi nafsu kita sendiri, tertipu dengan kebahagiaan yang dijanjinjikan,namun apa yang kita dapat hanyalah tipu daya semata yang membawa kepada tangisan keinsafan yang tidak berguna lagi pada akhir nanti...


jadi, salah siapa??


Allah telah memberikan amaran pada kita!!!


"....sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu."-36;60


dan kita tahu bahawa nafsu kita adalah sahabat baik kepada syaitan, maka mengapakah terus diikutkan sahaja???


Peringatan buat diri ana sendiri...


ana melihat situasi di depan mata ana kini, sahabat-sahabat makin jauh dari istilah takwa itu, kerana ana melihat betapa banyaknya senario sahabat-sahabat yang banyak berubah di kala badai godaan nafsu melanda...satu persatu tewas lalu terhanyut dalam arus deras nafsu duniawi...


Di Manakah perginya layar mujahadah yang selama ini telah dibina dari sebuah hamparan takwa di dalam diri kita...


baru sekali dilanda badai,sudah jauh pula terhanyut...Ya Allah, berikanlah kami kekuatan ini, sesungguhnya kekuatan itu datang daripada-Mu...Kasihanilah kami duhai Rabbul i'zzati!!


Apakah takwa pada mata kita?


seorang sahabat bertanya tentang makna sesebuah takwa,


maka sahabatnya menjawab, apakah yang yang akan kamu lakukan sekiranya kamu melihat adanya onak dan duri bertebaran di atas jalanan yang sedang kamu lalui?


maka sahabatnya menjawab,sudah tentu akan ku elak lalu mengambil jalan agar dijauhkan drp onak dan duri itu...


lalu sahabatnya terus manyatakan bahawa itulah takwa!!!


ya,sahabat-sahabat..


Itulah takwa...same-samelah kite review balik takwa dalam dada kita ini,adakah sudah surut dikeringkan kehangatan nafsu, atau masih segar menyubur di dalam hati...


Sudah menjadi aturannya bahawa iman manusia itu ada turun naiknya, tapi itu bukanlah penyebab untuk kita terus leka dan membiarkan iman kita semakin merundum jauh...


selamat bermujahadah semua!!!

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

1 Response to Harga sesebuah mujahadah...

April 30, 2009 at 2:00 AM

salam..

banyak sangat benda yang berlaku lately, menyebabkan kita tambah-tambah perlu bermujahadah..

Sperti yang selalu diulang-ulang, bile tujuan kita adalah Allah, maka yang lain terasa kecil..Maka mujahadahlah kerana Allah, supaya kesusahan nya terasa kecil..

_dari Sahabat_